Salafi Haroki

January 23, 2008

Fatwa al-Syeikh Muhammad Hasan Tentang Sayyid Qutb

Filed under: fatwa, raddusy syubuhat — Tags: , , , — salafiharoki @ 2:00 pm
ما رأيكم في مقالات الشهيد -بإذن الله- سيد قطب لماذا أعدموني؟
Soalan : Apakah pandangan anda tentang tulisan-tulisan al-Syahid – biiznillah -Syed Qutb ?
الجواب : (( هو قيد بكلمة (بإذن الله) والتقييد دقيق لأننا ذكرنا قبل ذلك بأنه لا ينبغي أن نحكم في الدنيا بالشهادة لأحد أبداً ولو مات بين أيدينا في ميدان القتال، وإنما نقول: نرجو الله -عز وجل- أن يكون من الشهداء وبإذن الله نرجوه أن يكون عنده من الشهداء، هذا كلام مهم جداً؛ لأن كلكم يعلم قصة الرجل في الصحيحين الذي مات في ميدان القتال وكان قائد الميدان رسول الله -صلّى الله عليه وسلّم- وأثنى الصحابة على بلائه ثم قال -عليه الصلاة والسلام- : (هو في النار)) إلى آخر الحديث المشهور المعروف.
Jawapan : Dia (Syed Qutb) dikaitkan dengan kalimat – biiznillah= dengan izin ALlah – dan mengaitkannya dengan izin ALlah itu (tentang syahidnya) adalah lebih baik, kerana kami telah sebutkan sebelum ini, bahawasanya tidak boleh kita berhukum di dunia dengan syahid (secara pasti) kepada seseorang sama sekali. Walaupun seseorang itu mati dahadapan kita dalam medan peperangan, sebaliknya hendaklah kita katakan : Kami mengharapkan Allah ‘azza wa jall menjadikannya dari kalangan para syuhada’, dan kami mengharapkan dia termasuk di kalangan syuhada’ di sisi Allah. Perkara ini amat penting (untuk diambil perhatian). Ini kerana setiap kamu semua mengetahui kisah seorag lelaki yang terdapat di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim yag mati di dalam medan peperangan. Dia berani di dalam peperangan, lalu para sahabat memuji keberaniannya, kemudian sabda Nabi saw : “Dia di dalam neraka” sehingga ke akhir hadith, seperti yang masyhur dan yang diketahui umum.
فنسأل الله -عز وجل- أن يجعل الشيخ سيد قطب -رحمه الله- عنده من الشهداء فهو الرجل الذي قدّم دمه وفكره وعقله لدين الله -عز وجل- نسأل الله أن يتجاوز عنه بمنه وكرمه، وأن يغفر لنا وله وأن يتقبل منا ومنه صالح الأعمال، وأنا أُشهد الله أني أحب هذا الرجل في الله مع علمي يقيناً أن له أخطاء وأنا أقول: لو عاملتم يا شباب شيوخ أهل الأرض بما تريدون أن تعاملوا به الشيخ سيد قطب فلن تجدوا لكم شيخاً على ظهر الأرض لتتلقوا العلم على يديه لأن زمن العصمة قد انتهى بموت المعصوم محمد بن عبدالله وكل كتاب بعد القرآن معرض للخلل {ولو كان من عند غير الله لوجدوا فيه اختلافاً كثيرا}
Kita memohon kepada Allah untuk menjadikan al-Syeikh Syed Qutb – rahimahulLah – di sisinya termasuk dari kalangan para syuhada’. Beliau (Syed Qutb) seorang tokoh yang telah mempersembahkan darahnya, fikirannya dan akalnya untuk agama Allah azza wa jall – kita memohon kepada Allah untuk memberi nikmat dan kemuliaan kepadanya (Syed Qutb), dan semoga Allah mengampunkan kita dan dia (Syed Qutb), dan menerima daripada kita dan dia amalan-amalan soleh. Dan aku bersyaksikan dengan Allah, sesungguhnya aku menyayangi beliau (Syed Qutb) kerana Allah, dalam keadaan aku mengetahui dengan yakin bahawasanya bagi dia (Syed Qutb) ada beberapa kesilapan, dan aku katakan kalau kamu semua lakukan wahai pemuda-pemuda kepada syeikh-syeikh yang berada di bumi ini seperti apa yang kamu semua lakukan kepada Syed Qutb, pasti kamu tidak akan dapati walau seorang syeikh yang berada di atas muka bumi ini untuk kamu ambil ilmu darinya, ini kerana zaman ‘ismah telah berlalu pergi dengan wafatnya al-maksum Muhammad bin Abdillah (saw). Dan setiap kitab selain dari al-Quran terdedah kepada kekurangan, firman Allah maksudnya : “Kalaulah al-Quran itu bukan daripada Allah, pastilah kamu akan mendapati di dalamnya pertembungan yang banyak.”
.

لذا فأنا أحب هذا الرجل مع علمي ببعض أخطائه وأقول ومَن مِن البشر لم يخطئ؟ (فكل بني آدم خطاء وخير الخطائين التوابون)

Aku sayang kepada Syed Qutb dalam keadaan aku tahu terdapat beberapa kesilapannya, dan aku katakan, siapakah dari kalangan manusia yang tidak melakukan kesilapan ? – Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah yang bertaubat.”

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.